Sunday, February 28, 2010

Program Derma Darah Khidmat Komuniti





Menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan Kempen Derma Darah, PLKN Sinaran Suria tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti ini dimana para pelatih telah mendaftarkan diri sekaligus menjadi penderma yang layak untuk menderma darah. Program ini adalah salah satu Modul Khidmat Komuniti yang berobjektifkan melahirkan remaja yang mempunyai sikap kesukarelaan yang tinggi. Program anjuran Unit Latihan kem dengan kerjasama penuh daripada Hospital Slim River telah diadakan pada 20 Februari 2010 di Kem PLKN Sinaran Suria. Yang lebih membanggakan, Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelatih, staff dan jurulatih.

semoga usaha murni ini terus menjadi amalan sepanjang masa. Setitik Darah, Menyelamatkan Nyawa!.

No comments:

Post a Comment