Monday, March 1, 2010

Persembahan Patriotisme Pelatih Kumpulan 1Siri7/2010



Pada 23Februari yang lalu, Kem Sinaran Suria telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan persembahan patriotik peringkat Zon B. Kem Sinaran Suria merupakan Ketua Kumpulan A dan berentap bersama 3 Kem yang lain. Pertandingan ini diadakan bertujuan memilih wakil kem peringkat Zon untuk persembahan di RTM Angkasapuri yang dijangka 6 march depan. Bagi pertandingan ini, Kem Sinaran Suria merupakan Johan Kumpulan. Tahniah diucapkan kepada para pelatih ang mengambil bahagian.

Sunday, February 28, 2010

Sekitar Aktiviti Tali Tinggi











Aktiviti tali tinggi menguji keberanian pelatih.
Aktiviti berupa High Element menyediakan beberapa elemen antaranya, Repaling, Postman Walk, Flying Fox dan sebagainya.
aktiviti ini pada mulanya mendatangkan cemas di kalangan pelatih sebelum mereka memulakan cabaran, namun selepas menyertai cabaran ini, mereka merasa puas dan mahu alami keseronokkan sekali lagi.

Program Derma Darah Khidmat Komuniti





Menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan Kempen Derma Darah, PLKN Sinaran Suria tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti ini dimana para pelatih telah mendaftarkan diri sekaligus menjadi penderma yang layak untuk menderma darah. Program ini adalah salah satu Modul Khidmat Komuniti yang berobjektifkan melahirkan remaja yang mempunyai sikap kesukarelaan yang tinggi. Program anjuran Unit Latihan kem dengan kerjasama penuh daripada Hospital Slim River telah diadakan pada 20 Februari 2010 di Kem PLKN Sinaran Suria. Yang lebih membanggakan, Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelatih, staff dan jurulatih.

semoga usaha murni ini terus menjadi amalan sepanjang masa. Setitik Darah, Menyelamatkan Nyawa!.

Gambar - Gambar aktiviti





Saturday, February 27, 2010

KUMP 1 Siri 7/2010

Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 7/2010 bermula pada 01 Januari 2010 dan bakal berakhir 14 March 2010. Seramai 390 pelatih telah melapor di kem ini.
Sepanjang mereka disini, pelbagai latihan yang telah mereka pelajari antaranya Modul Pembinaan Karater, Modul Kenegaraan & Modul Khidmat Komuniti serta Modul Fizikal. Disamping itu, terdapat juga Modul-modul sampingan yang mereka pelajari. sekitar PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010